JEREBU
Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terkandung di dalam udara akibat aktiviti manusia. Jerebu juga boleh terjadi secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
- Pembakaran terbuka
- Pembukaan tanah
- Penggunaan kenderaan bermotor
- Pembakaran bahan api industri
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap-tahap jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:- Kanak-kanak
- Orang tua
- Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
- Perokok
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
- Tempoh cuaca kering yang panjang
- Keadaan atmosfera yang stabil
- Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
- Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
- Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
- Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
- Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
- Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
2 tempat darurat -- IPU di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang melepasi 500
IMEJ satelit yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA) semalam menunjukkan tompok-tompok panas di Sumatera ekoran pembakaran hutan yang tidak terkawal sehingga mendatangkan jerebu di Semenanjung Malaysia. - Gambar Reuters.
No comments:
Post a Comment