Bersama-sama mengatasi perubahan iklim
Perubahan cuaca juga mengakibatkan kesan yang memudaratkan ekosistem kita. Haiwan dan tumbuhan sangat peka terhadap perubahan persekitaran yang mendadak. Adalah penting untuk mengkaji perubahan di hutan-hutan kawasan tanah tinggi dan tanah rendah dan bagaimana flora dan fauna menyesuaikan diri kepada perubahan ini.
Kajian mengenai kesan perubahan cuaca kepada hutan dan juga penghuninya akan menjadi sebahagian daripada tindakan untuk memelihara kawasan ini. Ini juga patut dijalankan dengan kapasiti penyelidikan yang baik melalui pakar-pakar yang sesuai. Terdapat satu keperluan untuk membangunkan kepakaran di dalam negara serta menjalinkan semua penyelidikan untuk kebaikan bersama.
Struktur bangunan pula perlu dikaji, perubahan iklim boleh menyebabkan keretakan pada struktur yang boleh memberikan kelemahan pada kekuatan bangunan. Tambahan pula di Malaysia gegaran disebabkan gempa bumi semakin dirasai. Kajian-kajian sedang dijalankan untuk melihat kepada hubung kait antara perubahan cuaca dan plat tektonik (plat-plat membentuk bumi).
Kita juga patut melihat kesan perubahan cuaca, kepada sektor pertanian. Hasil yang sekata memastikan bekalan yang mencukupi. Walaubagaimanapun, perubahan cuaca boleh memberikan kesan kepada kapasiti penghasilan dan boleh menyebabkan gangguan bekalan makanan.
Gunakan barangan yang mempunyai label kecekapan tenaga seperti peti sejuk, televisyen dan penghawa dingin. Apabila penggunaan tenaga dapat dikurangkan, sumber asli yang digunakan untuk menjana tenaga dapat dikurangkan. Pengurangan penggunaan sumber asli akan membantu dalam pengurangan gas rumah hijau dan sumber asli ini juga akan dapat dijimat.
Pengguna juga harus mengamalkan kitar semula untuk mengurangkan sisa pembuangan dan pelupusan. Selain itu, minimumkan penggunaan barangan polisterena dan plastik. Ini kerana, polisterena dan plastik tidak akan terurai dengan mudah dan mengambil masa yang sangat lama. Penimbunan sisa polisterena dan plastik akan membawa kepada pencemaran.
Pak Abu- Hijau
Kita patut memfokuskan usaha-usaha penggabungan secara menyeluruh untuk mengatasi kesan perubahan cuaca. Setiap langkah yang di ambil sekarang boleh menyelamat banyak nyawa di masa depan. Masa depan terletak ditangan anda.
No comments:
Post a Comment