Program penanaman semula hutan perlu lebih digiatkan lagi agar dapat mengawal keseimbangan karbon dioksida dalam udara.. |
Isu pemanasan global bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia kita yang serba meruncing hari ini. Kesannya yang semakin membimbangkan menyebabkan ia dibimbangi kebanyakan negara hari ini.
Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference) telah banyak kali membangkitkan isu ini supaya masyarakat dunia sejagat sedar akan isu ini.
Lebih dua abad lalu, revolusi industri menyebabkan pencemaran alam yang amat membimbangkan. Aktiviti manusia menyumbang kepada peningkatan purata suhu bumi merangkumi darat dan laut (antara 0.4 hingga 0.8 darjah Celsius) dalam tempoh seabad.
Peningkatan ini disebabkan oleh pelepasan gas-gas yang dikenali sebagai “gas rumah hijau“, terutamanya karbon dioksida di ruang atmosfera. Tambahan pula dengan trend penggunaan bahan api fosil serta aktiviti pembangunan yang memusnahkan hutan, isi padu karbon dioksida dijangka terus meningkat dalam atmosfera bumi kita ini.
Bersama-samalah kita menghentikan pemanasan global
Rujukan:
post bru ni..x mnarik pon
ReplyDelete