Pencairan Ais di Kutub
Apabila ia melibatkan ramalan jangka panjang, kita perlu berlandaskan pengetahuan bentuk iklim menerusi sejarah. Glasier dan bongkah ais seluruh dunia sedang dan kehilangan kawasan air yang luas boleh mempercepatkan pemanasan global kerana kurangnya tenaga matahari yang boleh dipantulkan dari Bumi. Jesteru aras laut akan meningkat serta merta dan biasanya peningkatan hanya satu atau dua inci.
Peningkatan biasa biasanya menyebabkan masalah banjir bagi kawasan pantai yang rendah.Bagaimanapun jika bongkah ais Antartika Barat mencair dan tumbang kedalam lautan ia akan meningkatkan aras lautan sehingga 10 meter dan banyak kawasan pantai akan hilang di bawah lautan.Diramalkan aras lautan akan meningkat 17 sentimeter menjelang abad ke 20.
Di Malaysia, satelit telah mengenalpasti 33 lokasi pantai yang mengalami hakisan. Keadaan ini mengakibatkan petempatan di sekitar kawasan pantai musnah selain mengakibatkan kerugian yang besar kepada pihak kerajaan. Perkara yang sama juga berlaku di negara-negara lain terutamanya kawasan yang rendah.Saintis meramalkan aras laut akan terus meningkat sehingga abad ke-21 dengan peningkatan antara tujuh hingga 22 inci menjelang 2100.
Pencairan ais juga menyebabkan haiwan kehilangan habitat
Video tentang fenomena ini:
Adakah kita sanggup membiarkan keindahan ini hilang dari pandangan kita? Fikir-fikirkanlah...
Sumber: estidotmy 24 Jun 2009,Utusan Malaysia.